Pages

Wednesday, June 18, 2014

Mee Kari


Assalamualaikum,

Last week mak mertua I mai mengejut cik oi. Apa cheq nak jamu depa makan ni. Ok, I buat Mee Kari la, I tau orang penang suka makan kari. Mee Kari ni untuk 6-7 orang makan tau. Jom terjah resipi dan bahan-bahannya:

***

Bahan A (Tumis)

2 batang Serai yang diketuk
3cm Lengkuas yang diketuk
10 biji Bawang Merah dipotong halus
5 ulas Bawang Putih dipotong halus

Bahan B

4 sudu Rempah Kari Daging
1kg / 2 pack Mee Kuning
1/2 ekor Ayam dipotong kuib (ikut citarasa you all)
15 ekor Udang size sedang sedang saja (ni pun terpulang pada you all)
1/2 kg Kerang direbus dan dikopek kulitnya.
1 paket Tauhu kering instant berbentuk kuib
2 paket kecil Bebola Ikan
3 tangkai Daun Kesum
2 biji / 3 kotak Santan

Hiasan

Sawi dan Tauge yang dicelur
Cili Merah yang dihiris
Limau Kasturi / Nipis
Bawang Goreng
Daun Bawang


Cara-caranya:

  1. Tumis bahan A sehingg garing dan naik bau yumm yumm.
  2. Bancuh sedikit Rempah Kari dengan air.
  3. Masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
  4. Masak sehingga pecah minyak lebih kurang 20 minit.
  5. Masukkan Ayam, Udang, Kerang dan Bebola Ikan.
  6. Masak sehingga Ayam empuk.
  7. Kemudian masukkan Santan, Masuk air mengikut kepekatan yang you all suka. Masukkan Daun Kesum.
  8. Masak sehingga mendidih dan letakkan Tauhu kering.
  9. Hidangkan, hias dengan bahan bahan Hiasan dan makan bersama Mee Kuning yang dicelur.

*** Tips: Kuah Kari mesti lah pekat untuk dapatkan rasa yang sedap.

***

7 comments:

  1. haih sila pulak tgk di kala lapaaar

    ReplyDelete
  2. Haha! Bole try buat dinner kt uma mlm ni..

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee kari..
    salam kenal ^-^

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak makan...

    Konepm bulan posa ni akan terliur :)

    ReplyDelete
  5. OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG thanks for sharing. nampak sedap. nak try lah

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sungguh..Meleleh...hihi Memang suka sangat mee kari ni. Mesti buat lepas ni..

    ReplyDelete